Jumaat, Februari 11, 2011

HATI SARU

JAM SUDAH PUKUL 2.00 PAGI.MATA KU BELUM MENGANTUK LAGI.ENTAH APA YANG AKU MAKAN DAN MINUM YANG MENYEBABKAN MATA TERUS TAHAN UNTUK LELAP.BANYAK PERKARA TERUS BERMAIN DALAM OTAK AKU SEKARANG,MACAM-MACAM.ADA KETIKANYA RASA INGIN JADI KAYA, ADA JUGA RASANYA INGIN JADI BISNESMAN, NAK JADI PEMAIN GOLF PUN ADA.
MENGUAP SUDAH ACAP KALI, TAPI MASIH TAK MENGANTUK,NAK BUAT AIR SUSU,SUSU DAH ABIS HANYA ADA SUSU ANAK AKU SAJA IAITU LATOGEN 3,TAK TERGAMAK NAK MINUM. SUSAH JUGA KALU PAYAH NAK TIDUR.ROKOK SURIA TELAH PUAS AKU HISAP,RASANYA MALAS NAK HISAP.
AKU RASA NAK KELUAR AMBIK ANGIN,RIBUT PULAK KAT LUAR RUMAH.AIR MINERAL SUDAH 3 BOTOL AKU MINUM.PENYAKIT PAYAH TIDUR INI TELAH AKU ALAMI DAH BANYAK TAHUN.
INGATKAN DAH KAHWIN,PENYAKIT INI TELAH TIADA NAMUN MASIH KUAT TERLEKAT PADA AKU.SAPA PUKUL BRAPE NAK TIDUR AKU PUN TAK TAHU.ESOK TENTU KELAM KABUT DENGAN NAK ATAR AIZA KE PASTI,KERANA BARANG TENTU BANGUN LEWAT.
RASA BERAT PADA BATANG TENGKOK,PERASAAN NAK TIDUR PUN SAMPAI, AKU BERANSUR SETAKAT NING DULU KERANA NAK TIDUR.................

Rabu, Januari 12, 2011

HATI BARU

SALAM TAHUN BARU 2011.
SETIAP KALI TAHUN BARU, AZAM PUN BARU TETAPI HATI TETAP LAMA.HATI ADALAH ANUGERAH TUHAN KEPADA SETIAP MAKHLUKNYA.HATI TIDAK SEKALI BERUBAH DARI TEMPAT DUDUKNYA.BIAR USIA BERTAMBAH, HATI TETAP SATU.SETIAP PERUBAHAN FISIKAL MANUSIA SAMADA GEMUK, KURUS, TINGGI, RENDAH, HITAM, PUTIH TIDAK MELIBATKAN HATI.NAMUN BEGITU HATI TIDAK ROSAK SEKIRANYA TIADA ANASIR LUAR YANG MENGINAP DIHATI.ANASIR LUAR INI TERDIRI DARI PERBUATAN HARAM ATAUPUN KEGIATAN SALAH YANG DIAMALKAN OLEH PEMILIKNYA.
HATI AMAT UNIK TANPA HATI KITA MATI.SEBAB ITU BILA KITA DIJALAN RAYA, TERPAPAR PAPAN TANDA TULISAN"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.SAYUGIA DIINGATKAN JAGALAH HATI SEPERTIMANA HATI BERFUNGSI DALAM DIRI KITA.PELIHARA HATI DENGAN MENGAMALKAN BACAAN AL-QURAN, JAUHI DARI PERKARA - PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI, TAMBAHKAN KEIMANAN PADA HATI DENGAN BERTAKWA KEPADA ALLAH.

BILA BERJALAN BERHATI- HATI
TERSEPAK BATU SAKIT KAKI
HATI INI PUTIH SUCI
KALAU ROSAK RUGILAH DIRI

Ahad, April 11, 2010

JIWA JUARA

KAWE UCAP TAHNIAH KPD SKUAD N9 KRN MENJUARAI PIALA FA SEMALAM. KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN PARA PEMAIN BEGITU TINGGI DISAMPING SEMANGAT KESUKANAN YANG JITU . AURA YANG BEGINI PERLU DIPUPUK DALAM MANA KITA MENJALANKAN TUGAS SEHARIAN.
KEPADA KEPIMPINAN SKUAD N9 TAHNIAH SEKALI LAGI KRN DAPAT MEMBENTUK SATU PASUKAN YANG MANTAP GABUNGAN PEMAIN SENIOR DAN JUNIOR YANG MAMPU MENGHARUNGI SEGALA CABARAN DALAM LIGA FA.
KAWE JUGA PUJI KEPADA PENYOKONG N9 YANG TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KELAKUAN YANG TIDAK SENONOH SEPANJANG PERLAWANAN TERSEBUT. PUJIAN JUGA TURUT KAWE LONTARKAN KPD SKUAD KEDAH YANG SENTIASA MEMBERI CABARAN KPD SKUAD N9. SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI YANG DITUNJUKAN OLEH KEDUA-DUA PASUKAN PERLU DICONTOHI OLEH MANA-MANA PASUKAN DI MALAYSIA

Selasa, April 06, 2010

JIWA MURAH

SEMPENA PRK P94 ISU YANG HANGAT ADALAH BERKENAAN MEMBELI JIWA. ISU INI AKAN HANGAT DIPERDEBATKAN KERANA AWAL-AWAL LAGI JIWA PENDUDUK HULU SELANGOR TELAH DIBELI. ANGGAPAN PEMBANGKANG PROJEK-PROJEK YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN TERHADAP RAKYAT HULU SELANGOR SEBELUM PRK ADALAH UNTUK MEMBELI JIWA RAKYAT.BEGITU MUDAH DAN MURAH JIWA RAKYAT DIBELI. EGONISNYA SEMUA JIWA RAKYAT SUDAH PUN DIBELI OLEH KERAJAAN SEJAK 60 TAHUN DULU. CUMA PADA MASA ITU HARGANYA MURAH KERANA BARU MERDEKA TETAPI HARGANYA MENINGKAT KERANA BUMI BERTUAH INI TELAH PESAT MEMBANGUN JADI HARGA JIWA MENJADI MAHAL.
BETAPA BODOHNYA JIKA MENGATAKAN KERAJAAN MEMBELI JIWA KERANA SUDAH MENJADI LUMRAH KERAJAAN UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT UNTUK KERAJAAN.JIWA BUKANNYA BARANG DANGANGAN YANG DIUKUR MELALUI PROJEK PEMBANGUNAN TETAPI MELALUI KHIDMAT DAN JASA YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMIMPIN DALAMANA MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT.WAKIL RAKYAT YANG BAIK AKAN SENTIASA BERADA DI JIWA RAKYAT.RAKYAT BUKANNYA BODOH UNTUK MENJUAL JIWA MEREKA KEPADA SESIAPA SAJE.
JIWA SATU BENDA YANG KOMPLEKS DAN IANYA UJUD TANPA KITA SEDARI. JADI JAGALAH JIWA DENGAN BAIK SUPAYA IANYA TIDAK DIMAINKAN DAN DIPERJUDIKAN UNTUK KEMENANGAN DALAM PRK P94 NANTI.JIWA PERLU DIKAWAL DAN DIBAJAI DENGAN UNSUR-UNSUR YANG BAIK.

Isnin, April 05, 2010

JIWA MERONTA

SALAM 1 MALAYSIA, SUDAH SEBULAN KAWE TIDAK MENULIS BUKAN NYA DAH JEMU TETAPI KESIBUKAN MASA DAN RUANG, KOMPUTER TAK BOLEH AKSES INTERNET YANG MENYEBABKAN KAWE BOSAN DAN SERABUT UNTUK MENULIS.BIAR PUN BLOG KAWE TIDAK RAMAI YANG MEMBACA NAMUN KAWE GAGAHI JUGA PADA HARI INI DAN SELAMANYA UNTUK MENULIS SEBARANG KETIDAKPUASAN DAN PERKARA YANG SERABUT DI MINDA KAWE.
DEMAM PRK BERMULA LAGI PADA TAHUN INI IAITU DI P94 HULU SELANGOR, IAITU NEGERI YANG JATUH KE TANGAN PKR DALAM PRU KE 12 LALU.PRK INI MERUPAKAN PRK YANG PERTAMA PADA TAHUN 2010 DAN PRK PERTAMA MELIBATKAN PARLIMEN. YANG HAIRANNYA 3 DUN DIMENANGANI OLEH BN TETAPI PARLIMEN JATU KEPADA PKR. INI MENUNJUKKAN ADA UNDI ORE BN BAGI KEPADA PEMBANGKANG.
JESTERU ITU DAPAT DISIMPULKAN YANG POLITIK INI SERBA KEMUNGKINAN BAGI MENENTUKAN KEMENANGAN SAMADA PARTI BN ATAU PEMBANGKANG.DEWASA INI MAKIN RAMAI YANG BIJAK BERPOLITIK DAN GOLONGAN YANG TIDAK MENYERTAI MANA-MANA PARTI AKAN MENENTUKAN MENANG ATAU KALAH SESUATU PARTI TERSEBUT.GOLONGAN INILAH YANG TERDIRI DARI GOLONGAN PROFESIONAL YANG MENJADI API DALAM SEKAM KEPADA PARTI-PARTI POLITIK.GOLONGAN INI PERLU DITANGANI DAN DIAMBIL PERHATIAN OLEH MANA-MANA PARTI SUPAYA KELANGSUNGAN DEMOKRASI BERPARLIMEN
PARTI KERAJAAN JUGA PERLU BERANI DAN TELUS SERTA KERAP TURUN PADANG JUMPA RAKYAT SUPAYA RAKYAT TAHU KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA DAN DIAMBIL BERAT

Khamis, Mac 04, 2010

JIWA SERABUT

BULAN INI BANYAK AKTIVITI YANG AKAN,SEDANG BERLANGSUNG DI DAERAH. TERUTAMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEGENAP PELUSOK KAMPUNG , TAMAN, BANDAR MENGADAKAN PROGRAM TERSEBUT.ADA YANG MELAKUKANNYA DALAM KAPASITI YANG BESAR DAN ADA YANG MELAKSANAKAN DALAM KAPASITI YANG KECIL NAMUN TUJUANNYA ADALAH SAMA.ADA YANG BERARAK KELILING KAMPUNG DAN ADA YANG BUAT KAT MASJID SAJE.
TETAPI SAMBUTAN YANG DIBERI AMAT KECEWA KERANA MASYARAKAT SEKARANG SUDAH SELESA DAN SENANG JADI PROGRAM YANG DIANJURKAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN YANG SEPATUTNYA.MASYARAKAT SEKARANG SUDAH BOSAN UNTUK MENGHADIRI SESUATU MAJLIS ATAU PROGRAM KERANA SIKAP HIPOKRIT SETENGAH-SETENGAH PEMIMPIN YANG SELALU MENJADI PROGRAM TERSEBUT SEBAGAI PLATFORM UNTUK BERJUMPA MASYARAKAT.
DEWASA INI PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH AGENSI-AGENSI KERAJAAN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN MERIAH DARIPADA ORANGRAMAI KERANA PENGISIAN PROGRAM ADALAH SAMA, JEMPUT ORANG DATANG ,DENGAR CERAMAH DAN MAKAN KUIH ATAU MEE GORENG.PROGRAM HANYA DIHADIRI ORANG MELAYU SAJE.YANG DATANG JUGA KERANA ARAHAN DARIPADA KETUA ATAU DARI PEJABAT DAERAH.
SAYUGIA DINGATKAN SEKIRANYA FENOMENA INI TERUS BERLAKU IANYA AKAN MEROSAKKAN BANGSA MALAYSIA SECARA DIAM-DIAM.KERAJAAN AKAN BERHADAPAN DENGAN MASYARAKAT YANG EGO DENGAN KESENANGAN DAN KEMEWAHAN HASIL DARIPADA PERJUANGAN POLITIK SEHINGGA KITA MERDEKA.MASYARAKAT SEUMPAMA INI TIDAK SEHARUSNYA BERADA DI BUMI MALAYSIA INI.

Khamis, Februari 11, 2010

JIWA PANAS

MUSIM KEMARAU TELAH TIBA, PANAS YANG MENCENGKAM TERASA BEGITU HANGAT SEKALI. DALAM PEJABAT TERASA BAHANGNYA. JADI KEPUTUSANNYA PADA MUSIM KEMARAU INI SEELOKNYA KELUAR UNTUK BERJUMPA DGN KUMPULAN SASAR, DAPAT JUGA MENGHIRUP UDARA SEGAR KAT LUAR.
SAAT INI JIKA PEKENA CENDOL KE, ABC KE, AIR KELAPA MUDA KE, APA-APA PUN JANJI YANG SEJUK LAPANG RASA JIWA.
MUSIM INI BANYAK PERKARA AKAN BERLAKU KERANA PANAS AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA PERTENGKARAN, KEMALANGAN, PEMBUNUHAN, KEGUGURAN DAN MACAM -MACAM LAGI PERKARA EKORAN BAHANG PANAS INI.TEMPAT BERKELAH, SUNGAI, LAUTAN,PAYA, MENJADI TUMPUAN SEPERTI HAIWAN AKAN MENCARI TEMPAT SEJUK UNTUK BEREHAT.
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA PUN MENJADI LONGGAR AKIBAT KEMARAU, HENDAK BERBICARA DGN TEMAN PUN PERLU BERHATI - HATI. AIR PAIP SEBELAH PAGI PUN TIDAK TERASA SEJUK, KEADAAN MALAM PUN TERASA PANAS.
YANG PALING DITAKUTI ADALAH PENYAKIT AKAN MENULAR SEMASA KEMARAU DAN JAUHILAH DARIPADA MINUMAN BERAIS.

PANAS DIDUNIA INI DAPAT KITA ELAK,
TETAPI PANAS PADA HARI AKHIRAT NANTI TIDAK KITA ELAK
RENUNG-RENUNG KAN LAH