Rabu, Februari 10, 2010

JIWA PELANCONGAN

KELMARIN 9.2.10 Y.B. EXCO PELANCONGAN, PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN, WARISAN DAN ADAT ISTIADAT MELAYU TELAH MEMBUAT LAWATAN KERJA KE DAERAH REMBAU. TUJUAN LAWATAN YANG BERHORMAT DATO'HJ MOHAMMAD RAZI BIN HJ KAIL TERSEBUT ADALAH UNTUK MELIHAT PRODUK-PRODUK PELANCONGAN YANG TERDAPAT DI DAERAH REMBAU. DIANTARA TEMPAT YANG DILAWATI ADALAH WET WORLD PEDAS, AIR PANAS CHENGKAU, KILANG AIR MINERAL BATANG NYAMOR, ADVENTURE COMMUNITY SUKABUMI KENDONG, JETI NELAYAN SUNGAI TIMUN DAN PENGKALAN NELAYAN DI TAMAN DATO SYAHBANDAR LUBUK CHINA.
HASIL LAWATAN YANG KAWE IKUTI INI SEWAJARNYA DAERAH REMBAU MENJADI DESTINASI YANG PERLU DI KUNJUNGI OLEH PELANCONG-PELANCONG SAMADA DARI LUAR ATAU DALAM NEGERI BILAMANA MELAWAT NEGERI SEMBILAN. SEMUA PIHAK PERLU PEKA DAN PRIHATIN TENTANG PRODUK PELANCONGAN INI SUPAYA TEMPAT-TEMPAT INI DIJAGA DAN DIKAWALSELIA DENGAN BAIK DAN KEKAL SEBAGAI WARISAN UNTUK GENERASI YANG AKAN DATANG.
KAWE MERASA TERUJA DENGAN TEMPAT-TEMPAT YANG DILAWATI INI KERANA PEMANDANGAN DAN LANDSKAP YANG BEGITU MENAWAN JIWA DAN PERASAAN.SEMOGA IANYA KEKAL DAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI ORANG-ORANG REMBAU.

JINAK JINAK BURUNG MERPATI
HENDAK TANGKAP TERUS TERBANG
PANDAI PANDAI KITA BERBUDI
SUPAYA NANTI DIKENANG ORANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan