HARI INI KALI PERTAMA KAWE DIARAHKAN UNTUK MENGHADIRI SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN SETELAH 6 TAHUN BEKERJA DGN GOMEN. SAMBUTAN KALI INI DIBUAT DI BANGUNAN PARLIMEN. TEPAT JAM 6.30PG KAWE TELAH PUN SAMPAI DI PERKARANGAN BANGUNAN PARLIMEN TETAPI TIDAK DAPAT MASUK KERANA TIADA PAS " 1 MALAYSIA".
JADI KAWE PUN HAIRAN MENGAPA SATU KEMENTERIAN YG MENJADI HOST UTK SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 52 TIDAK MEMBEKALKAN DGN PAS'1 MALAYSIA' KEPADA KAKITANGANNYA YANG DIARAHKAN BERTUGAS.SURAT ARAHAN YG KAWE TERIMA MENYATAKAN TERDAPAT KAUNTER PENDAFTARAN DAN KEHADIRAN ADALAH WAJIB.SETELAH SEKIAN LAMA MUNDAR MANDIR, BARULAH KAWE SEDAR YG ARAHAN TERSEBUT ADALAH UNTUK MERAMAIKAN DAN MENJADI PAK PACAK MENANTI KEHADIRAN MENTERI-MENTERI KABINET DAN DYMM SERI PADUKA AGONG DAN PERMAISURI.
FAHAM-FAHAMLAH BULAN POSA NAK MARAH TAKUT KURUS POSA, KAWE PUN BERDIRI BERSAMA-SAMA PELATIH-PELATIH GURU YG DATANG DARI SELURUH MALAYSIA UTK SAMBUTAN HARI INI.KAWE PUN INTAI-INTAI RAKAN SEPERJUANGAN DALAM JABATAN,TAK ADA SEORANG PUN YG HADIR,INI YG SAYA KESAL KITA BEKERJA MENERANGKAN DASR-DASAR NEGARA TETAPI UNTUK HADIR DALAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN PUN TAK DAPAT.
SEPEKARA LAGI YG DAPAT KAWE TERKILAN ADALAH SIKAP MENTERI-MENTERI KABINET YG LALU DGN KERETA MEWAH DIHADAPAN RAKYAT JELATA TIDAK MENURUNKAN CERMIN KERETA DAH LAH CERMIN ITU GELAP NAK MELAMBAI KPD RAKYAT PUN TAK INGIN. INGATLAH KAMI YG BERDIRI DITEPI JALAN INILAH YG MENGUNDI PARA MENTERI TERSEBUT.
HARI HARI PERGI MENJALA
DAPAT SEEKOR IKAN HARUAN
KONSEP SATU MALAYSIA
SAMA-SAMA KITA JAYAKAN
NAMUN BEGITU SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI INI AMAT MERIAH DAN DIHARAPKAN LOKASI DI BANGUNAN PARLIMEN INI DIKEKALKAN SUPAYA RAKYAT DAPAT MELIHAT PARA PEMIMPIN MALAYSIA DENGAN LEBIH DEKAT LAGI.
saudara gertak senget, kawe pun ada kat sana la.. kawe pun terkilan PM kita buat muka sombong dalam kereta mewah dia..
BalasPadamKita sanggup berpanas, di maki dicaci di hina oleh pembangkang kerana perjuangkan kerajaan dan SATU MALAYSIA. Tapi pemimpin kita tak sanggup ke bukak tingkap kereta, senyum dan lamabai kepada kami di parlimen ketika itu